Alessia Cara
Alessia Cara

Alessia Cara

Alessia Caracciolo (lahir 11 Julai 1996), juga dikenali sebagai Alessia Cara (/əˈlɛsiə ˈkɑːrə/[4]), ialah penyanyi, penulis lagu, dan multi-instrumentalis Kanada.[5][6] Selepas menerbitkan lagu saduran akustik, beliau mengikat kontrak bersama EP Entertainment dan Def Jam Recordings pada 2014 dan melancarkan single sulungnya pada tahun berikutnya. "Here" menduduki nombor 19 di carta Canadian Hot 100 dan menjadi kejayaan komersial di Amerika Syarikat, menduduki nombor 5 di carta Billboard Hot 100.[7][8]